Sunday, December 4, 2016


Setiap kali ke pasar malam, pastinya kepak ayam bakar menjadi tumpuan utama para pelanggan yang sukakan kepak ayam. Apa taknya rasanya yang enak dan lazat menjadikannya menu wajib bagi yang berkunjung ke pasar malam.

Apa kata, kali ini kita cuba sediakan sendiri menu ini dengan resepi yang ringkas!!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Ayam bahagian kepak 4-6 (ikut suka anda nak berapa banyak)
Sos tomato 240 g
Sos Cili 240 g
Gula  120 g
Garam 2 sudu makan
Serbuk lada hitam 2 sudu makan
Serbuk paprika 4 sudu makan
Bawang putih-2 sudu makan /lebih
Majerin

Cara penyediaannya;

1. Dalam periuk masukkan majerin, bawang putih yang telah ditumbuk, sos cili, gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk paprika, bawang putih dan majerin.
2. Letakkan atas api yang sederhana- kacau
3. Sejukkan sebentar kemudian gaul bersama ayam yang telah
Disediakan tadi.
4. Tutup dengan menggunakan plastik dan masukkan ke dalam peti ais

Kemudian bakar dalam oven sehingga masak atau anda boleh  gunakan
Arang bagi yang sukakan keaslian rasa

*Selamat Mencuba*


0 comments:

Post a Comment